Saturday, December 18, 2010
3:32 AM ● penulisan atas batu

keluar masuk, siapa tahu.
datang pergi, siapa peduli.

percaya semua penipuan,
itu yang kau rasa benar,
sebenarnya apa kau rasa semua dusta.
bagaimana? mengapa?
ini tak pernah berlaku,
antara kau dan aku.
hati sendiri sendiri rasa.

kau boleh kata A,
tapi kau percaya B,
bila kau kata C,
dan kau benci D.

bila kau lupa,
kau buat buat lupa,
sedangkan kau memang lupa.
atau kau tak pernah lupa,
dan kau takkan lupa,
kerana kau tak mahu lupa.

luka aku siapa tahu,
kau atau aku?
sakit kau siapa rasa,
kau atau aku?

jangan percaya semua,
bila kau punya peluang untuk bahagia,
bebas dari segalanya,
dan yang tinggal hanya kita berdua.

akhirnya aku punya sebab untuk gembira,
biarpun rasa itu hanya seketika.
aku tahu, kau tahu.

xxxxxx

.live life to the fullest.