Wednesday, December 22, 2010
8:31 PM ● bicara sama bintang

hey bintang. apa khabar? sudah lama aku tak bercerita pada kamu. maafkan aku. hari ini aku terpaksa.

bintang, sinarnya kau untuk siapa? jikalau aku lah bintang, aku mahu bersinar untuk dia yang aku puja setiap hari tak kira dia tahu biar dia tak tahu.

bintang, ke mana kau menghilang selalu? aku takkan pernah takkan mahu hilang kerna aku mahu sentiasa dekat dengan dia biar dia rasa rimas dia rasa tak senang.

bintang, lihat bintang, di sana. pelangi itu cantik bukan? alangkah indah jika aku mampu ambil pelangi itu jadikan aku yang punya selamanya simpan setiap hari.

bintang, senyum aku biar semuanya kerna dia. tapi kadangnya senyum aku bukan sempurna.
bintang, temani aku setiap siang setiap malam. tempuhi dunia yang kejam.

xxxxxx

.live life to the fullest.