Monday, October 25, 2010
10:48 PM ● permata

soalan : dalam banyak banyak permata, permata apa agaknya paling mahal paling berharga? berlian? emas? rubi? zamrud?
jika soalan ini ditanya pada aku, aku akan menjawab Intan. bukan sebarang Intan biasa, tapi Lima Intan istimewa.

kenapa Lima Intan?

sebab nya, Intan Yang Satu selalu ambil berat, sangat self independent; tidak suka menyusahkan sesuatu yang lain dan yang utama, sangat penyayang biarpun kadang kala annoying. aku takkan lupa, setiap kali pergi membeli belah bersama, pasti Intan ini yang kan berkepit dengan Ibu Segala Intan. dan setiap itu juga lah aku akan pulang dengan tangan kosong, atau perkasasan sekolah semata mata; berbeza dengan apa yang aku mahu misalnya action figure Power Rangers, kereta kawalan jauh, beyblade. akan dia hasut Ibu Semua Intan agar endahkan saja permintaan aku biarpun aku melalak meraung bagai gila di pusat beli belah. menurut Intan Yang Tiga, Intan Yang Satu selalu berpesan pada Intan Intan yang lain di masa kecil mereka agar jangan pernah menyusahkan Ibu Dan Ayah Semua Intan; jangan pernah meminta minta kerana kasihan penat lelah Ibu Dan Ayah Semua Intan berkerja mencari rezeki untuk menampung semua keperluan harian Lima Intan, tidak perlu ditambah dengan kemahuan diri Intan Yang Mana Mana. biar Intan Yang Satu merantau jauh menuntut ilmu sampai ke Perlis sampai ke Jepun, Intan ini tidak pernah lupa segala Intan yang ada walau jauh dari pandangan mata; tidak pernah cuba menambah beban Ibu Dan Ayah Semua Intan. Intan Yang Satu, aku rindu sayang kamu.

sebab nya, Intan Yang Dua pula sangat manis lemah lembut, mesra dengan semua, tidak cerewet dan sangat penyabar biar dalam apa jua keadaan apa jua dugaan. biar dengan siapa, pasti dapat cepat bermesra; tak kira orang tua orang muda, ada saja yang akan dibualkan bersama. tak hairan kenapa ramai yang terasa hilangnya Intan Yang Dua. sentiasa menghormati semua; termasuk alam sekitar. begitulah Intan Yang Dua sebagai pegawai alam sekitar, ke sana ke sini mengumpul bukti bahawa dunia sedang derita. rapatnya lebih dengan Ayah Semua Intan; dari situ lah datang warna nya gelap hitam manis. Intan Yang Dua selalu sendiri, biar punya masalah tak pernah nak dikongsi. baginya, masalah sendiri selesai sendiri, tak perlu libatkan yang lain. lagi, setia bercinta biar terpisah Lautan Cina Selatan dari umur muda ke tua mereka bersama. Intan Yang Dua, aku rindu sayang kamu.

sebab nya, Intan Yang Tiga kecil molek comel kuat tidur, prihatin, pakar Adobe, ceria dan senyum sentiasa. biar sekarang punya Intan Yang Sendiri, tak pernah lupa pada Intan Yang Tiada Di Sisi. dalam apa jua yang dilakukan, pasti semua buat mereka. sering kali aku tersalah tersilap, pasti kan ada text message dalam inbox telefon bimbit ku menegur aku agar tidak melalakukannya lagi. kerna tinggal aku seorang yang perlu dijaga, aku dapat rasa kasih sayang rasa tanggungjawab yang dipikul Intan Yang Tiga dalam menjadi yang pertama utama sekarang. sifatnya yang slumber membuat aku mesra dengannya. banyak cerita dikongsi bersama, tatkala tinggal berdua. cerita tentang Intan Yang Tiga; selain dulunya kadang kala kemalasan untuk bertindak yang kini telah berubah, aku rasa Intan Yang Tiga sangat lain di kalangan Lima Intan. Intan Yang Tiga tidak pernah dilihat punya konflik di antara Lima Intan. selain itu, Intan Yang Tiga juga selalu ceria dan tidak pernah mengeluh lelah tatkala berdepan dengan tugasan harian. Intan Yang Tiga, aku rindu sayang kamu.

sebab nya, Intan Yang Empat rock! garang tapi sayang, rajin, sabar dan paling hebat handle sesuatu. kegemaran aku antara Lima Intan biarpun takkan pernah diketahui. Intan Yang Empat sangatlah berbeza di antara Lima Intan, sangat berbeza. satu satunya Intan yang terserlah sifat ganasnya. biar begitu, Intan Yang Empat juga mempunyai side nya yang lemah lembut mudah tersentuh. sering kali aku berhentaman bersama Intan yang ini kerana aku selalu mengundang rasa marahnya dengan perangai kerenah tingkah laku aku sewaktu kecil dahulu. buku lima sepak terajang itu sudah biasa. tak pernah sekali aku terasa dengan semua kerna aku tahu semua itu sebahagian dari cerita, cerita tentang hidup. Intan Yang Empat, aku rindu sayang kamu.

sebab nya, Intan Yang Lima sekepala biarpun 8tahun beza usia , duduk rumah habis masa depan komputer, malas rajin malas dan suka merayau entah ke mana. paling utama, dia pasangan rapat Bukan Intan Yang Enam. kenapa aku tak tahu, aku rasa sangat rindu pada Intan Yang Lima, lebih dari rasa rindu pada Intan Intan Yang Lain. tambah lagi dalam peringkat hidup aku masa sekarang. pasti lebih menarik hidup ini jika Intan Yang Lima ada di sisi, sedia mendengar berkongsi cerita tentang apa saja bersama luang buang masa. Intan Yang Lima lembut, sensitif, romantis dan kadang kala emotional. ramai yang cuba mendampinginya tapi jarang kali ada yang berjaya. telefon bimbit merupakan teman baiknya, tak putus berbunyi. duit belanjanya akan dihabiskan dengan men-top-up kredit telefonnya itu. aku tak lupa takkan pernah lupa, dalam dakapan tatkala pergi, aku tak lupa takkan pernah lupa. Intan Yang Lima, aku rindu sayang kamu.

La' Tahzan - biar terpisah; Lima Intan, aku rindu sayang kamu.

xxxxxx

.live life to the fullest.