Friday, January 1, 2010
12:01 AM ● boom boom pow

bukan lagu Black Eyed Peas, tapi bunyi mercun kat luar tu. dah tahun baru katakan. haish, memekak je! kan lagi bagus kalau kauorang duduk rumah baca buku study utk SPM ke PMR ke UPSR ke, or even bg yang dah lepas SPM tu, study prepare kan diri nak masuk U nnt. kan lagi bagus dari membahayakan diri bermain bunga api mercun meriam buluh bazooka semua tu, kan kan? HAHA.

aku rasa, kita di Malaysia ni sangat tipikal dalam menyambut hari2 perayaan. setiap malam hari perayaan; xkira lah Aidilfitri ke, Deepavali ke, Tahun Baru Cina ke, Christmas ke; mesti nak bakar mercun semua. xboleh ke kalau kita buat yang lain dari yang biasa? ok lah, kalau xboleh buat yang lain dari yang biasa, kita buat yang lain 'sikit' dari yang biasa. kita tukar aktiviti bermain dengan bahan letupan mercun semua tu yang dah diharamkan oleh kerajaan dengan bermain teng-teng depan rumah bersama keluarga, kan lagi seronok? xpun kita main aci kejar kat halaman rumah tepat pada jam 12 tengah malam di ambang tahun baru macam ni. bagi mereka yang xdibenarkan bermain di luar rumah pada waktu macam sekarang ni, boleh main inhouse game macam congkak, batu seremban, enjet2 semut mahupun sepak takraw(?). kalau rasa tu xcukup seronok ataupun xcukup mencabar, ajak lah kawan, jiran semua main bola sepak kat padang tengah malam macam ni. sekurang2nya aktiviti beriadah sebegini rupa lagi berfaedah dan lagi bagus untuk kesihatan berbanding bermain mercun dan bunga api mahupun tengok letupan bunga api tersebut melalui anjung rumah, selain dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan kita sesama jiran tetangga xkira apa bangsa mahupun agama, dengan semangat 1MALAYSIA.

sekian :)

xxxxxx

.live life to the fullest.