![]() |
|
navigation
●
●
hello ![]() 사랑 pkck am Muhammad Syaiful Amree 6th December 1992 Sitiawan, Perak, Malaysia UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia to follow the blog, click HERE click 'about' for more info listen others |
Monday, December 21, 2009
4:02 AM ● terima kasih Sabtu hari tu, aku dan mak bapak aku ke Batu Gajah, untuk menghadiri satu majlis perkahwinan saudara kerabat belah bapak aku. alang2 dah ke sana, terlanjut pula ke Ipoh untuk meraikan satu lagi majlis perkahwinan seorang kawan kepada kakak aku, kak Qistin. nama Qistin ni memang xasing lagi bagi keluarga aku, dulu dia selalu sleepover kat rumah ni, masa aku masih kecil di bangku sekolah rendah. kak Qistin ni kawan rapat kakak aku, kak Finasz. diorang kenal sejak time sama2 sekolah dekat Raja Perempuan School (RPS) Ipoh, kalau xsilap aku; yang mana masa tu aku baru 8 9 tahun kot. terus ke Matrikulasi, sampai ke UM, mereka masih bersama. aku terharu, bila dia masih ingatkan kakak aku selepas 5 tahun. bila kat kenduri tu, ada ramai kawan2 kak Qistin tu yang kenal dengan mak aku sebab dulu time muda mudi diorang selalu lepak rumah, satu geng lepak sekali. bilik atas selalu penuh, bila cuti sekolah je mesti ramai lepak sini. waktu jumpa tu, semua pun peluk2, lama dah xjumpa. semua pun mula lah nak menitik. kak Qistin yang atas pelamin tu pun, tiba2 je mata tukar merah and mula menitik jugak, buat hilang make-up je. aku pulak masih lagi mampu bertahan, control macho. HAHA :D ribuan malah jutaan terima kasih, kepada semua kakak2 abang2 yang mana sampai sekarang masih keep in touch dengan keluarga kami. aku tak tahu apa lebihnya diorang yang buatkan kita semua masih lagi berhubung. aku harap, bila aku sudah tiada nanti, aku pun akan dikenang diingat seperti mana kakak2 aku. al-fatihah, sedekah buat mereka. amin~ sekian :)
|
|
xxxxxx .live life to the fullest. |