![]() |
|
navigation
●
●
hello ![]() 사랑 pkck am Muhammad Syaiful Amree 6th December 1992 Sitiawan, Perak, Malaysia UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia to follow the blog, click HERE click 'about' for more info listen others |
Thursday, December 31, 2009
6:46 PM ● selamat tinggal dalam masa beberapa jam lagi, kita akan meninggalkan tahun 2009 dan melangkah ke tahun baru tahun 2010. tahun ini tahun yang sungguh bermakna bagi aku. jom tinggalkan semua kenangan suka duka kat angka keramat 2009, xperlu lagi dikenang diungkit semua yang telah berlaku pada tahun ni di masa yang mendatang. yang sudah biarlah sudah. xada guna pun kalau diungkit semua, xboleg nak buat apa dah. bila cakap pasal 2009 je, apa yang datang dalam fikiran aku pertama sekali mesti lah SPM. yaa, tahun ini aku telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. bukan susah sangat pun nak buat SPM ni, duduk dalam dewan keluarkan pen tulis apa benda yang kau suka kat atas kertas tu dan... SIAP! hantar dan balik, sekian terima kasih. HAHA. terus terang aku cakap, aku tahu result aku nanti mesti teruk, di sebabkan aku habiskan banyak masa dalam dewan tu dengan menidurkan diri je. sedang orang lain sibuk gelabah jawab soalan Add Math, Physic, Chemistry dll, aku pulak dengan senang hati buat air liur basi atas meja. ye lah, kalau aku keluar awal pun, bukan boleh balik sebab aku datang sekolah tumpang orang. selagi dia xkeluar selagi tu lah aku xboleh balik. lagi pun, aku memang xnak keluar awal. saja seronok2 nak duduk dalam dewan tu lama2, tengok semua orang gelabah. selain SPM, tahun 2009 ni jugak banyak mengingatkan aku kat kawan2 aku. tahun ni aku hilang kawan baik aku. tahun ni jugak aku dapat kawan baru. macam2 lagi cerita pasal kawan kalau nak diingatkan balik yang berlaku tahun ni; kawan gadoh dengan kawan, kawan kena pukul, kawan masuk hospital, kawan kena pangkah, kawan kena tinggal, kawan tukar sekolah, kawan accident, kawan hilang harga diri, kawan dapat awek, kawan pindah rumah, kawan cakap sampah, kawan gagal exam, kawan lawan cikgu, kawan tipu mak bapak, kawan pukul bapok, kawan kena strip, dan macam2 lagi; memang xdapat nak cerita semua lah kan.tapi highlight untuk tahun ni tentang kawan ialah pasal kawan lupa kawan atau lupa member. apa maknanya entah aku pun xtau, tapi aku selalu je dengar ayat perumpamaan (ye ke) ni tahun ni. aku dapat anak saudara aku yang pertama tahun ni; anak sulung kakak aku namanya Intan Aish Insyirah bt Azliazam yang dilahirkan pada 1 Ogos 2009 di Putrajaya. paku jugak kehilangan seorang lagi kakak tahun ni; well, kakak saudara actually, Che Sharina bt Shain sebab sakit. banyak sangat komplikasi dalam diri dia disebabkan virus apa ntah, selepas hampir 5 tahun bertarung dengan penyakit tu. semoga roh nya ditempatkan dengan orang2 yang beriman, sama jugak dengan kakak2 aku yang dah pergi dulu sebelumnya. moga mereka semua tergolong dalam golongan yang soleh solehah dan harapnya Yong jumpa KakLong, KakMin, KakHani, KakFinasz kat sana. al-fatihah~ *clap tapi yang paling best pasal tahun 2009 ni ialah time kat sekolah, aku join Interact Club! whoaa seronoknya dapat lepak dengan ahmoi2 cantik! HAHA. kelab ni merupakan kelab paling famous dekat sekolah lah kononnya. jarang budak Melayu join kelab ni, kebanyakan ahli2nya dari kaum Cina dan India. yang Melayu boleh kira dengan jari. cerita pasal Interact, aku ada buat performance time International Understanding (IU) Evening. aku menari broadway weyh, siapa tahu aku ni pandai jugak menari rupanya. and guess what, aku berjaya membuatkan semua orang jealous dengan aku (ye kot) sebab dance partner aku ialah seorang ahmoi pujaan ramai, Kristie. whoaa Kristie comel + sikap dia agak matang dan friendly berbanding perempuan2 lain kat sekolah. uuuwwh, bertuahnyaa hidup! HAHA. time Interact Carnival, aku diberi tanggungjawab untuk menjadi waiter bagi Japanese Cafe di bawah kendalian Lee Li Ping. seronok kerja jadi waiter ni, boleh gatal2 dengan lagi ramai ahmoi! HAHA. tapi sayang kan, setahun je aku join kelab ni. kalau aku tahu Interact Club ni happening nak mampus, sure dari Form 1 aku dah join. tahun depan kalau masuk Form 6, aku nak join lagi lah! lagi pasal sekolah, aku ada perform time Hari Guru hari tu, aku menyanyi lagu Bila Kami Sudah Tiada dengan Situasi. first time jadi penyanyi! HAHA. tahun 2009 ni jugak aku ada banyak buat lagu. bagi aku, lagu yang aku buat best best je semuanya, tapi banyak ter-influence dengan bunyi dari band2 indie tanah air. haish. aku nak lari dari trend, tapi sangkut jugak sikit2. sekarang, banyak dah lagu2 yang aku buat, tengah nak fikir macam mana nak spread kan music aku ni, dah lah xreti main instrument. nak record vocal je, segan lah, suara katak aku ni xsedap diperdengarkan. biar je lah dulu, aku dan music, sangkut di sini saja. apa lagi cerita pasal 2009 eh? aku rasa cukup lah takat tu je aku nak cerita. tulis banyak2 pun bukan ada orang nak baca. sooo, berakhirnya 2009 dengan penuh dramatis. tahun 2010 sedang menanti, harapnya lebih banyak perkara2 yang seronok akan berlaku di tahun hadapan. aku nak lagi ramai kawan tahun depan boleh? and aku nak awek jugak! tolong cari kan satu untuk aku! HAHA. ouh nanti aku nak upload gambar2 'The Best Of 2009' kat thumblr kot, sebab thumblr tu kosong lagi. kalau sudi nak usha, link thumblr aku ada kat sebelah. sekian :)
|
|
xxxxxx .live life to the fullest. |