Sunday, November 8, 2009
6:50 PM ● post Bahasa Melayu 2


siapa yang menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 semalam? perlawanan di antara pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan yg berakhir dgn keputusan 3-1 memihak kepada pasukan Negeri Sembilan.

aku punya beberapa masalah dgn ketegangan yg terjadi sepanjang perlawanan ini. pada mulanya, kedua2 pasukan bermain dengan sungguh kasar sehingga menampakkan beberapa orang permainan sudah tercedera seawal tempoh 15minit pertama perlawanan; aku fikir mungkin kerana mereka sungguh bersemangat untuk meraih kejayaan. namun, yg lebih menyedihkan aku apabila penyokong2 pasukan Kelantan mula bertindak membaling sampah/botol air terhadap pemain Negeri Sembilan sewaktu ingin mengambil tendangan sudut. ada juga yg bertindak membaling mercun. seorang jurukamera RTM telah tercedera terkena balingan mercun yg menampakkan lehernya berdarah. tidak dapat dinafikan, semangat yg ditunjukkan oleh penyokong2 pasukan Kelantan mula luntur selepas jaringan Hairudin Omar sebaik sahaja separuh masa kedua berlangsung. tambah kecewa selepas Zaquan Adha Razak berjaya menyempurnakan sepakan penalti yg meletakkan pasukan Negeri Sembilan tiga gol di hadapan. kedengaran bunyi mercun bergema di dalam stadium selepas jaringan tersebut. aku beranggapan mercun2 yg dibawa masuk itu bertujuan utk meraikan sekiranya pasukan Kelantan berjaya mengangkat trofi Piala Malaysia kali ini.

disebalik provokasi yg cuba diletuskan, aku memberi hormat aku kepada pemain2 pasukan Kelantan kerana tidak bermain dengan kasar walaupun sudah ketinggalan 3 gol tidak berbalas . mereka berjaya mengawal diri dan memberi penonton permainan yg 'fair-play'. mengapa aku berkata demikian kerana pada kebiasaannya, perlawanan bola sepak Malaysia akan bertukar ganas sekiranya sesuatu pasukan itu sudah ketinggalan terutama pada detik2 akhir. pemain2 akan bertindak membuat terjahan2 yg keras terhadap pemain lawan kerana beranggapan tidak akan mempunyai peluang untuk menang.

jaringan terbaik pada malam itu aku berikan kepada Indraputra; sepakan melengkung tendangan percuma pada minit2 akhir perlawanan. gol sagu hati buat skuad Kijang itu sedikit sebanyak mengubat kedukaan penyokong2 Kelantan. aku rasa, jikalau pasukan Kelantan mendapat lebih banyak peluang tendangan percuma, pasti permainan akan menjadi lebih menarik.

xxxxxx

.live life to the fullest.