Saturday, November 21, 2009
8:50 PM ● down


sekarang tgh hot lagu DOWN by Jay Sean ft Lil Wayne kn ? aku rasa mood DOWN tu betul2 kena dgn aku , lagi . sempena akhir2 zaman persekolahan ni , aku sering kali hilang mood , mcm org PMS plk . hahaha . bkn apa , aku sbnrnya mengharapkan akhir zaman persekolahan aku ni akn menjadi suatu kenangan yg xkan aku boleh lupakan . memang sekarang banyak peristiwa yg xkan boleh aku lupakan sampai bila , tp bukan lah satu kenangan yg indah dan boleh dibanggakan yg boleh aku ceritakan kepada anak cucu aku nnt tentang kawan2 di zaman persekolahan .

sekarang tengah SPM , aku angin satu badan time paper Sejarah 2 hari tu , sbb ada kawan2 aku meniru dlm peperiksaan yg PENTING ni . apa yg aku xboleh terima adalah sikap pengawas peperiksaan dewan kitorang yg xtegas dan malas . sekumpulan pelajar berjaya menyeludup nota kecil ke dlm dewan , dan seterusnya menge-pass kepada rakan2 yg lain . kenapa ? kenapa masa SPM yg sebenar pun kauorang sanggup meniru ? xpercaya pada diri sendiri ? hilang harga diri ? xcukup didikan moral tentang nilai kejujuran ? kenapa kau meniru ? takut malukan mak bapak , sekolah dan cikgu2 ? takut malu dgn kawan2 akan keputusan kau nnt ? kau xrasa ke kalau kau meniru ni sebenarnya lagi memalukan mereka semua ? setelah penat 2tahun cikgu2 mendidik kau , kau dgn senang lenang meniru dalam peperiksaan . aku rasa lagi baik kalau kau xpayah sekolah pun dlm tempoh 2tahun lepas , datang sekolah masa SPM saja , dengan nota dlm poket , kan lagi senang . xmembazir masa , duit . penat mak bpk kauorang hantar pergi sekolah , tuisyen . aku rasa kau akan jadi lebih malu bila dpt keputusan nnt , kau akan di-cop mendapat keputusan A+PLUS+stick . kalau kau kata SPM ni susah , kenapa kau xbelajar bersungguh2 sebelum sampai nya SPM ni ? kau ambil jalan mudah utk berjaya , kau belum tahu cabaran hidup yg akn datang . skrg kau tengok semuanya senang , sebab kau tu masih di bawah tanggungan mak bapak . cuba nnt kau sudah dewasa berkeluarga , kau akan tahu susah perit kau nk menanggung sebuah keluarga . kasihani mak bapak kau , tp paling utama kasihani diri sendiri sebab xberjaya mempunyai nilai kejujuran dlm diri . aku utamakan kejujuran dlm hidup , kerana aku rasa nilai ni yg akan tentukan segalanya . kejujuran itu datang dari hati bukan ? maka kalau kau xjujur maka kau punya hati yg busuk . maka kalau hati kau busuk tentu kau akan punya banyak lagi sikap yg tidak menjengkelkan . lalu kau bukan lah seorang anak , anak murid , pelajar , kawan , kekasih , adik , abang , kakak , suami , isteri , ibu , ayah , atuk , nenek , saudara ...... yg baik .

mungkin aku akn menulis lagi tentang DOWN ni nnt , sekarang cukup lah DOWN kerana perihal meniru ini .

sekian :)


*p/s : paper English , EST dh tamat , xperlu lagi menulis essei dlm BI , selain experiment nnt . sooo ...

xxxxxx

.live life to the fullest.