Friday, December 31, 2010
12:21 AM ● this is you

It's a beautiful day
Now I'll be ok now that you're not away
Yesterday was a terrible day
But now that you're here I'm okay
Cause you don't know how much I need you
Please don't go
You're so wonderful
You shine so bright
You are the star that's in my sky
And I am yours and you are mine
This I swear, this I know, this is true

-The Rocket Summer
Monday, December 27, 2010
12:13 AM ● bahgia

to love and to be loved.
the story continue
Wednesday, December 22, 2010
8:31 PM ● bicara sama bintang

hey bintang. apa khabar? sudah lama aku tak bercerita pada kamu. maafkan aku. hari ini aku terpaksa.

bintang, sinarnya kau untuk siapa? jikalau aku lah bintang, aku mahu bersinar untuk dia yang aku puja setiap hari tak kira dia tahu biar dia tak tahu.

bintang, ke mana kau menghilang selalu? aku takkan pernah takkan mahu hilang kerna aku mahu sentiasa dekat dengan dia biar dia rasa rimas dia rasa tak senang.

bintang, lihat bintang, di sana. pelangi itu cantik bukan? alangkah indah jika aku mampu ambil pelangi itu jadikan aku yang punya selamanya simpan setiap hari.

bintang, senyum aku biar semuanya kerna dia. tapi kadangnya senyum aku bukan sempurna.
bintang, temani aku setiap siang setiap malam. tempuhi dunia yang kejam.
6:05 PM ● it's okay


sorry Madam Mell, i guess i'm not living up to my so called identity.
Saturday, December 18, 2010
3:47 AM ● penulisan atas batu #3

ke garisan, sedia, mula!
*berlari lintang pukang menuju garis penamat.

MENANG! TAHNIAH.
3:43 AM ● penulisan atas batu #2

kenapa kadang kadang kita rasa bahagia,
sedangkan sebenarnya kita sengsara?
kenapa selalu nya kita derita,
tapi saat itu kita gembira?

atau itu hanya aku?

tulang belakang patah takkan pernah pulih,
biar apa kau cuba biar apa kau lakukan.
hati pecah takkan pernah bercantum,
biar apa kau cuba biar apa kau lakukan.
benar?

*mencarut.

HIDUP.
3:32 AM ● penulisan atas batu

keluar masuk, siapa tahu.
datang pergi, siapa peduli.

percaya semua penipuan,
itu yang kau rasa benar,
sebenarnya apa kau rasa semua dusta.
bagaimana? mengapa?
ini tak pernah berlaku,
antara kau dan aku.
hati sendiri sendiri rasa.

kau boleh kata A,
tapi kau percaya B,
bila kau kata C,
dan kau benci D.

bila kau lupa,
kau buat buat lupa,
sedangkan kau memang lupa.
atau kau tak pernah lupa,
dan kau takkan lupa,
kerana kau tak mahu lupa.

luka aku siapa tahu,
kau atau aku?
sakit kau siapa rasa,
kau atau aku?

jangan percaya semua,
bila kau punya peluang untuk bahagia,
bebas dari segalanya,
dan yang tinggal hanya kita berdua.

akhirnya aku punya sebab untuk gembira,
biarpun rasa itu hanya seketika.
aku tahu, kau tahu.
Friday, December 10, 2010
4:34 PM ● kau masih ada

aku janji, biar apa yang terjadi.
aku di sini, sama sama kita tempuhi.

jangan patah hati, jadi berani.
hari mendatang pasti kan lebih mencabar.
jangan risau jangan gentar.
saat kau jatuh, aku pasti kan ada.
memikul diri mu untuk bangkit
menentang dunia.

tabah kan hati, ingat selalu.
ada hikmah atas semua yang berlaku.
kau masih ada aku dia dan mereka.
kita semua masih bersama.
kau bukan sendiri, aku mengerti.
apa yang kau lalui, aku pernah hadapi.

pegang tanganku, jangan lepas.
sama kita bergantung satu sama lain.
aku tahu kau tahu, aku ada untukmu.
aku mahu kau mahu, terus senyum seperti dulu.

biar pedih luka dalam, biar darah calar semalam.
sinar mentari kau perlu terus bersinar.

al-fatihah.

xxxxxx

.live life to the fullest.